Monday 15 April 2019

Khasiat Air Madu Halia Bentong Sebagai Ubat


Tahukah anda Halia Bentong telah diiktiraf sebagai halia terbaik di dunia? Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini mempunyai pengalaman minum air halia. Tapi tahukah anda, gabungan madu asli dan air halia bentong ini  dapat memberikan khasiat kepada lelaki mahupun wanita.

Madu halia bentong dapat memanaskan tubuh badan, terutamanya ketika cuaca sejuk atau ketika kita sedang kesejukan akibat demam. Selain itu ada yang menggunakan  madu halia bentong di dalam masakan bagi menambah rasa dan menaikkan selera.

Halia bentong diiktiraf sebagai halia terbaik di dunia kerana struktur seratnya yang mampu menyimpan banyak air berbanding halia biasa. Halia ini juga mempunyai daya tahan yang amat tinggi. 

Orang Melayu dahulu kala sudah lama mempraktikkan penggunaan halia di dalam perubatan terutamanya untuk membuang angin. Antara bahan lain yang boleh digunakan untuk menbuang angin dalam badan adalah bawang putih. Tetapi penggunaan halia sangat sesuai untuk dijadikan minuman kesihatan kerana rasanya yang enak, berbanding bawang putih yang lebih sesuai dijadikan bahan tambahan dalam makanan dan  minyak urut.

Antara khasiat lain Madu Halia Bentong adalah untuk menguatkan antibodi dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal berat badan dan melancarkan peredaran darah.

Jika anda berninat untuk mendapatkan madu asli asmak dan madu halia bentong ini boleh klik link di bawah untuk respon pantas.  




Featured post

Resepi Susu Kurma Madu Viral

Kurma sememangnya sinonim dengan umat Islam terutamanya ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kerana mendahulukan berbuka puasa denga...

Popular Posts