Showing posts with label Resepi Air Lemon Madu. Show all posts
Showing posts with label Resepi Air Lemon Madu. Show all posts

Thursday 21 December 2017

Resepi Air Lemon Madu Viral


Pasti ramai yang pernah minum Air Honey Lemon atau Lemon Madu di kedai. Rasanya sedap dan sangat berkhasiat. Harga air Lemon Madu ini dijual dalam lingkungan RM 2 ke RM 4, bergantung kepada saiz gelas. Sekarang ni dah banyak viral air Lemon Madu terutamanya untuk detoks.

Kali ini saya nak share resepi untuk buat air Lemon Madu di rumah. Senang Je resepinya, Budak sekolah rendah pun boleh buat sendiri.
Cara paling mudah untuk menyediakan minuman air lemon madu yang sedap ialah:
1.    Segelas air suam/ sejuk.
2.    1-2 potong hirisan lemon.
3.    1-2 sudu madu (ikut citarasa sendiri)

Basuhkan buah lemon sehingga bersih. Hiris dan masukkan 1 ke 2 hirisan lemon ke dalam satu gelas. Kalau buat air satu jag besar boleh lah masukkan 8 ke 9 hirisan Lemon (Sebiji Lemon)

Lepas tu masukkan madu secukup rasa. Kalau macam saya, saya akan gunakan MADU ASLi ASMAK. Madu Asli Asmak dijamin original dan harganya murah. Siap ada kelulusan ujian dari Standard Malaysia lagi, jadi saya tak ragu-ragu untuk guna madu keluaran asmak.
Dan Kacau dengan air suam sehingga sebati. Saya tak galakkan guna air panas sebab air panas akan hilangkan khasiat madu. Jadi saya prefer guna air suam atau air sejuk.
Then, dah siap kan air lemon madu. Boleh lah kalau nak buat air lemon madu untuk seisi keluarga. Nak buat sebagai ar detoks pun boleh untuk diminum pada waktu malam sebelum tidur atau sebelum bersukan / berjogging. Insyaallah badan boleh selim melim. Sebab kita tak campur gula kat air Lemon Madu.
Boleh buat sendiri dah air lemon madu homemade ni. Jimat pun Jimat, Kebersihan terjamin. Dapat dirasai oleh seisi keluarga lagi.

Selamat Mencuba.


Featured post

Resepi Susu Kurma Madu Viral

Kurma sememangnya sinonim dengan umat Islam terutamanya ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kerana mendahulukan berbuka puasa denga...

Popular Posts